Nuffnang Adds

Thursday, June 20, 2013

SAHABAT......

Sahabat....

    Apa erti persahabatan? Apa guna sahabat? Apa pentingnya persahabatan? Bagi diri ku sahabat itu penting. Sahabat mempengaruhi jatuh bangunnya seseorang. 

   Sahabat mempengaruhi kehidupan seseorang. Banyak yang jatuh sebab sahabat. Teringat masa zaman persekolahanku terdapat seorang gadis yang mana mempunyai sahabat sehati sejiwa. Bermula sejak zaman persekolahan lagi mereka rapat. Bak kata orang cubit peha kanan peha kiri terasa. Sentiasa saling tolong-menolong. Tapi semuanya musnah disebabkan seorang lelaki...

Macam klise pulak bila teringat...tapi memang true story.... kenapalah manusia ni dijadikan suka cemburu dan iri hati...memang tak salah kalau nak cemburu...tapi kena la pada tempatnya...disebabkna sikap inilah menyebabkan mereka bergaduh...

Hanya kerana lelaki...tapi kira ada hikmahnya la juga...Si gadis ini tau perangai atau sikap si sahabat baik...walaupun dah 10tahun berkawan namun sekelip mata sahaja boleh memusnahkan  kepercayaan seorang sahabat...

Dulu si gadis ini tidak pernah pun rapat dengan keluarganya namun disebabkan sokongan keluarga mampu mengubah hidup si gadis ni..

Bayangkanlah kalau anda mempunyai sahabat baik yang dah berkawan selama 10 tahun tapi tiba-tiba menikam anda semata-mata kerana seorang lelaki. Apakah perasaan anda? 

Kini hidup si gadis lebih ceria...disebabkan peristiwa tersebut mengajar si gadis supaya berhati-hati dalam mencari sahabat...Family lebih utama. Kerana family tulang belakang kejayaan seseorang. Sahabat memang penting tapi jadikan family sebagai rakan yang paling akrab kerana family akan sentiasa menyokong kita apabila kita dalam kesusahan...tapi sahabat? hanya wujud semasa kita senang....



No comments:

Post a Comment